Tuesday, 30 June 2009

aku menangis lagi.....

assalamualaikum...

dah masuk bulan Julai...dah bulan ketujuh dalam tahun 2009...tak lama lagi aku akan melangkah ke semester baru. Selama tujuh bulan ni jugaklah...aku gagal jejaki dan mencari ke mana Mohd Faisal menghilangkan diri. Puas segala usaha aku buat (tapi, tak termasuk dengan usaha polis and bomoh...tapi aku akan buat jugak), telefon, mesej, YM, email, myspace semua aku dah usaha...tapi macam biasa...semua usaha aku sia-sia je....

Semalam...aku tengok gambar dia..aku menangis lagi. Kali ni...macam teruk. Aku dah jadi sekuat dan setabah yang aku boleh...tapi tak selamanya aku boleh. Tambahan pulak bila aku single sekarang! Sebab dah tujuh bulan nie...segala alasan yang aku buat semua "Mungkin"...."if"... bila aku nak dapat kepastian?? Aku nak kepastian dari mulut dia sendiri...bukan dari orang lain atau dari hati aku sendiri. Aku sendiri cakap..."dia dah ada orang lain.." " dia dah kawin.." tapi sejauh mana betul smua nie?

Dia pernah bagitahu aku, dia bekerja di VADS TTDI. Aku nie mengalami masalah kenderaan..
kalau tidak dah lama aku kesana...cari dia. Tanya dia...kenapa dia buat macam nie..untuk apa?
Sekali pergi....orang kata dia tak stay kat KL dah..dah balik Kuantan....camner? Nak ke Kuantan pulak....?

Orang senang bercakap...lupakanlah....yes! Ex BF aku sebelum dia mudah aku lupakan....sebab perpisahan kami dan "tak ada jodoh" nya kami disebabkan alasan yang sememangnya aku tahu dan jelas...angkara orang ketiga..dan orang ketiga tu datangnya sebab EX BF aku gatal nak mampus! Tak pernah puas dengan girl yang dah sedia ada dengan dia. Aku tak menyesal pun break off dengan dia.. But..yang menghilang tanpa sebab nie...jawapan dia aku tak pasti....

' Ya Allah Ya Tuhanku....sekiranya kau telah tentukan yang Mohd Faisal Mohd Nazri adalah milikku...kembalikan dia padaku walau bila masa sekalipun..namun jika dia ditakdirkan bukan untukku....jauhkanlah dia sejauhnya dari aku...hilangkan segala kenangan kami. Temukan kami dengan jodoh yang terbaik yang telah engkau tetapkan. Ya Allah engkau maha mengetahui semua ini...sesungguhnya engkau maha pengasih dan penyayang..."

Monday, 29 June 2009

Dia terlalu hebat untuk aku.....


assalamualaikum...


dia terlalu hebat untuk aku...siapa? aku admirer artis ke? or kerabat diraja...? hehehe hebat sangat tu..aku takdelah admirer orang-orang dari golongan ini. Tapi...aku sedang gila admirer a.k.a angau dengan somebody dari fakulti aku kat UiTM Shah Alam tu. Dia memanglah student jugak...tapi dia hebat. Dia seorang leader kat fakulti aku....i mean he's holding a post as Majlis Perwakilan Pelajar and dia jugak menyandang jawatan sebagai Pengerusi Sekreteriat Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM ( kalau aku tak silaplah) wah hebat tak dia....macam mana aku boleh minat tahap giler baboon dengan dia nie...


Alkisah bermula awal semester lepas. Aku nak dijadikan cerita tak sempat mengundi untuk pilihanraya MPP tahun nie gara-gara aku tak sihat. Aku pun takda kat kampus waktu tu, jadi aku tak mengundi. AKu pun tak tahu siapa menang....tengok-tengok dah ada wakil MPP dah. Oklah...aku pun bukan ambik port sangat. Dah tengok gambar dorang kat sekitar fakulti, dua orang jadi wakil MPP fakulti aku...sorang nama Syed Ismail atau kami panggil Mail, student Journalist ( kewartawanan ) tak silap aku, dan sorang lagi Noor Akmal atau kitorang panggil Akmal, student Publishing ( Penerbitan )....antara dua nie, siapa lah yang aku minat sangat ni...

ha...yang aku paling minat sangat..si student publishing tu...Akmal...hehehe!


Aku mula jumpa Akmal masa tu kelas Media Law and Regulation. Itulah first time aku jumpa dia. Aku mula pandang dia...aku bercakap dalam hati..."Ya Allah..kenapa muka dia iras Faisal?"

Faisal tu ex boyfriend aku yang blah camtu je. Memang iras....especially bila Akmal pakai spectacles...! Sejak tu, bila hari Rabu je, kelas Media Law aku antara orang yang tak sabar nak pergi kelas tu. Boleh dikatakan selain MC, aku tak pernah ponteng kelas tu. Kelas lain ada je aku ponteng. Tapi...Akmal jarang dtg kelas tu..maklumlah MPP...sibuk sana-sini.


Semester lepas pulak...aku aktif semacam...antara aktiviti yang aku join...Majlis Induksi Pelajar Sem 1 anjuran MASSA dengan Futsal Piala Dekan 2009 anjuran SMF fakulti. Itu semua gara-gara Akmal ada kat event tu. hehehehe jahatkan aku!


Aku akui...Akmal he full of charismatic. Maybe dia nak jaga diri dan penampilan diri dia sebagai MPP dan pada masa yang sama dia pernah sekolah agama dulu. Macam aku pernah cakap...aku dah penat berkawan ( i mean special boyfreind ) dengan orang yang tak da kriteria membimbing dan elok dalam bab agama. Jujur dari hati....ex bf aku semua tak boleh pakai...especially yang first dulu...! Aku suka lelaki macam Akmal. Yes...aku tak kenal dia sepenuhnya...tapi, aku tak yakin dia plastik or hipokrit.


Bila aku dapat tahu dia dah ada GF, aku jadi macam..bukan frust..tapi..emm takpelah. Takda jodoh agaknya. Lelaki yang baik untuk gadis yang baik...untung sangat siapa yang dapat Akmal.

Kalau dia takda GF sekalipun...aku susah nak dekat dengan dia. Yelah, aku ni cuma student biasa, dia berpangkat tinggi..lagipun aku tahu ramai yang minat dekat dia. Adalah orang "tertentu" yang aku tahu minat jugak dekat dia. That why aku rela step back je. Lagipun, kalaulah betul aku dapat rapat dengan dia..mesti ada cakap-cakap belakang. Kawan-kawan kelas aku ( advertising ) mungkin tidak...sebab dorang tau sape aku...i means student lain..dan yang "minat" jugak dengan akmal...


Aku cuma tak henti-henti doa aje..sebab aku tahu...dengan doa yang ikhlas dan jujur, penuh tawadduk ALLAH akan makbulkan doa aku....insyaallah....!! Wallahualam..


Wednesday, 17 June 2009

Nak capai berat 65KG...tapi.....

Assalamualaikum...

Selamat pagi.....hari ini sarapan aku...segelas air teh 'o' dengan roti wholemeal bakar. Kadang-kadang dah tak tahu nak makan apa dah untuk sarapan. Nasi lemak dah lama aku tak makan...
roti canai? kadang-kadang je. Diet...memang aku tengah berdiet...tapi itulah. Aku dulu on year 2007 and early 2008 ( becoz aku mula diet dalam Feb 2008 ), aku agak terkejut dengan berat aku yang dah cecah 86kg...fuyoo...tak sangka berat aku sebanyak itu. Jadi, berkat sokongan kawan-kawan, aku pun mula berdiet. Aku tak makan nasi, aku kurangkan benda manis, memang agak sengsara. Sangat sengsara....sebab aku kena avoid banyak makanan favourite aku. Tapi takpe....atas usaha aku...perlahan-lahan berat aku turun...mula turun 84kg...then 80kg..then ke 77kg...last sekarang about 71 ke 72 kg.....alhamdullilah.

Ada yang tegur jgk...especially keluarga. Tapi, aku masih tak puas hati. Aku nak cecah 65kg sebab itulah berat ideal aku. Aku boleh pergi beyond that, tapi nanti aku jadi kayu lak..tak cantik. hehehehe....melayang je nanti..

Aku bukan tak bersyukur atas apa yang aku dpt....bersyukur sangat. Baju saiz M boleh muat. Nak dibanding dulu, L pun susah nak pakai. XL je. Seluar...ha...seluar masih bermasalah. Walaupun ada perubahan...coz aku dulu pernah pakai jeans saiz 38/40 pun...itupun cutting lelaki. fuh...pernah gak arr nangis tak ada saiz baju. Hehehehe. Tapi sekarang, 34 is my saiz. Tapi besar jgk...

Ada orang kata.."bumper" besar sikit means sexy...tapi bagi aku is geli!! Aku taknak lah lihat berpunggung besar dari sudut sexual..hehehehe gross man!!!

Aku tak nafikan...aku berdiet ada jugak sebab aku frust. I'm lost my first love masa aku semester dua hari tu. Kawan-kawan aku ( kebetulan aku seblik dengan classmates aku masa sem 2 ) ada yang jadi saksi...aku hempas handphone, aku nangis, aku....ish macam-macam lah.
Tapi itu semua dugaan...

Aku teringin nak jumpe ex aku yang sorang tu lepas i manage to lose another 6kg...huh. Its too far man...tapi dulu aku boleh buat kenapa sekarang tidak?? Hemm...aku cubalah....dapat cecah 68kg pun jadilah. 4kg lagi......insyaallah....doakan kejayaan aku...

Tuesday, 16 June 2009

macam bodoh dan sial.............

aku cukup bengang dengan ex aku...F_ _ ZI... ee...memang cukup aku bengang...

kisahnya bermula semalam..petang semalam. Adik aku online, but all of sudden this guy YM me. Aku pun terkejut jugak sebab dah lama dia tak online. Aku nie...walaupun dia ex aku, aku tak pernah benci or nak musuh dengan dia, walaupun aku memang sakit hati and marah dgn dia lepas apa yang dah berlaku dalam relationship kami.

So...masa YM dia tanya sihat ke, family sihat ke....aku berfikir dalam hati...oh...just nak tanya biase2 je...ok lah. takdehal bagi aku!! Lepas tue, dia merepek yang dia nak aku balik...dia nak lamar aku lar, dia taknak orang lain selain aku la...macam sial jer kan...!! Aku cakap...aku taknak ada komitmen sekarang...aku selesa sekarang. Aku ada ramai kawan....siapa jadi jodoh aku, aku terima lah...tapi yang penting aku harap ALLLAH jauhkan lah mamat nie jadi suami aku. AKu betul tawar hati dengan dia.

After about 20min YM, dia log off. Aku pun out sebab kebetulan aku nak gi Subang fetch my mum balik kerja...dalam kereta aku asyik fikir je apa yang berlaku dlm YM tadi..takpelah.
Lepas makan malam n solat mahgrib, aku try col dia. Tanya sal YM tadi....dia boleh jawab ape...
"bila pulak orang chat dengan awak...? Eeh..jangan nak mengada lah, orang kat opis tak bleh YM lah...lagipun orang tak aktif dah email yang utk YM tue..."

Aku punyalah bengang...habis siapa lak yang boleh on YM ko sesuka hati. Ko bagi password kat orang ke..memang bodoh..!!! Lepas tu tak cukup lagi....malam tue pulak lepas aku gayut dengan my lovely Syafiq....aku tido, aku terjaga about 3am...dia misscall...!! Dia call lagi lepas tu, dengan kurang ajar dia cakap..."weh...kat ne...?" "umah siapa?" "eh...ambik orang kat Pudu..."!! Mangkuk tu ingat aku ni macam perempuan jalanan ke....perempuan murah yang boleh suka2 nak kuar...dari aku layan dia..baik aku tido then aku off hp....camtulah lelaki gila talak camtu. Sesuka je nak ambik perempuan jadi GF pastu buang bila dah bosan...bila nak berubah pun tak tahulah.

Ya Allah...tabahkanlah hati ku nie....tolonglah jauhkan dia sejauhnya dari aku...aku tak sanggup lagi nak layan laki gila talak macam mangkuk ayun tue....

wallahualam

Monday, 15 June 2009

Lelaki idaman saya....

LELAKI IDAMAN SAYA....

Lelaki idaman saya adalah…
seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…Y
ang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

www.tentangcinta .com for more...

Cinta Tak Semesti Memiliki...

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanyaTakkan pernah bertepuk sebelah tangan..

www.tentangcinta.com for more reading...

Couple.....definisi ZINA HATI....

from nurahaifa.blogspot.com....

definisi ZINA HATI
writen by: Nurul Haqq from nurahaifa.blogspot.com....

Pertamanya kita harus dapat membedakan makna cinta dan couple. Sememangnya cinta itu fitrah insani yang tidak boleh kita hapuskan. Namun yang menjadi permasalahan ialah bagaimana menyalurkan perasaan cinta itu mengikut lunas-lunas syara'.Allah Ta'ala hanya menyediakan satu jalan sahaja iaitu dengan perkahwinan. Adapun couple bahkan bertunang sekalipun tidak dapat menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah kepada kaum Adam dan Hawa.Apakah couple diharamkan secara mutlak?Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkan couple secara mutlak. Harus difahami makna mutlak iaitu tanpa sebab. Seperti solat sunat mutlak. Ialah solat sunat yang tidak berkait dengan apa-apa sebab. Boleh dilakukan bila-bila dan di mana-mana secara mutlak. Adapun solat sunat tahiyyatul masjid, ia berkaitan dengan masuk masjid. Saya harap makna mutlak telah jelas.Istilah couple sangat luas. Namun jika kita melihat kepada keadaan remaja remaji yang couple sekarang, maka hukumnya adalah haram. Haram bukan kerana “zat” couple tetapi kerana cara mereka couple. So kalau kita nak berhujjah tidak ada dalil yang mengharamkan couple. Bagaimana pulak dengan cara couple? Seperti berdua-duan, berpegangan tangan, sehingga ada yang membuka ruang kepada zina. Maka inilah sebab yang menjadikan couple itu haram.Zat couple apa maknanya?Zat couple ialah couple itu sendiri? Apakah zat couple itu haram? Tidak. Kerana tidak ada satu nas yang melarangnya secara qot'ie. Ini yang timbul pelbagai pandangan. Ada yang kata cinta itu boleh, ada yang kata tidak boleh kerana menghampiri zina. Sebab itu timbulnya istilah cinta islamik. Namun persoalannya berapa ramai yang mampu bercinta cara islamik? Cinta islamik ialah cinta yang mengharapkan cinta Allah dan keredhaan Allah. Apakah dengan berdua-duan? Bermesej yang tidak bermanfaat, dating, bergayut di telefon itu merupakan perkara yang diredhai oleh Allah?Apa yang dimaksudkan dengan zina hati?Perkataan zina yang kita sedia maklum ialah hubungan di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah dengan memasukkan kemaluan ke dalam kemaluan perempuan. Jika tidak masuk sekadar hasyafah (takat) tidak dikira sebagai zina. Ini pengertian mengikut ilmu fiqh..Apabila kita berbicara soal hati, sepatutnya kita kembali kepada ilmu tasawwuf. Ilmu fiqh dan akidah tidak membincangkan tentang perbuatan hati kerana ilmu fiqh membincangkan soal ibadah zahir dan ilmu tauhid membincangkan soal i'tiqad (pegangan akidah) dan iman.. Sebagai contoh tidak ada satu mazhab pun yang mewajibkan khusyuk sebagai syarat sah solat. kerana kusyuk melibatkan soal hati. tetapi ia dibincangkan di dalam ilmu tasawwuf.Jika kita kembali kepada ilmu fiqh Islam maka kita tidak akan dapati satu hukum pun yang menghukumkan perbuatan hati bahkan jika seseorang berniat untuk melakukan maksiat, selagimana dia tidak melakukannya maka tidak dikira berdosa. Adapun jika seseorang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak kesampaian dgn sebab-sebab yang mendatang maka niatnya diberi pahala oleh Allah SWT. Inilah pemurahnya Allah Ta'ala kepada hambanya.Adapun ilmu tasawwuf itu, ilmu yg membincangkan tentang perbuatan hati daripada sifat mahmudah dan sifat mazmumah seperti sabar, redha, mahabbah kpd Allah atau riyak, takabbur, sum'ah dan sebagainya..Zina hati boleh diertikan sebagai perbuatan hati yang mazmumah. Kerana hatinya mengingati wanita yang belum dikahwini dengan ingatan-ingatan yang boleh manaikkan syahwat dia. Adapun jika ingatan itu sekadar ingatan yang diharuskan oleh syara' seperti kita mengingati saudara kita sesama muslim, ingat dengan ertikata tidak menaikkan syahwat maka ia tidaklah dilarang oleh agama.Berkata Syeikhuna Dr Ali Jumaah (mufti mesir sekarang)di dalam kitab at-toriq ilallah “perbuatan hati bukan maksiat tetapi syibhul maksiat”.Islam itu agama wiqayah (menjaga). Seperti kaedah menyebut “Menjaga lebih baik daripada mengubati”. Kita sedari daripada syahwat yang bergelora di hati mendorong seseorang untuk berani melakukan zina kemaluan. Oleh sebab itu, Allah Ta'ala melarang hambanya awal-awal dengan firmannya “Jangan kamu mendekati zina”. Ini uslub (gaya bahasa) yang digunakan oleh Allah Ta'ala supaya kita memahami mendekati zina itu boleh menyebabkan berlakunya zina. Mendekati zina boleh berlaku dengan bermulanya zina hati tadi iaitu mengingati perempuan sehingga menaikkan syahwat kemudian di atur pertemuan dengan SMS berbaur lucah, dating, saling berpandangan, bersentuhan, bercumbuan dan akhirnya berzina.Cuba fahami hadis ini yang akhi bawakan! Di dalam hadis ini Nabi ingin nyatakan punca kepada zina alat kelamin ialah bermula daripada mata yang memandang, tangan yang menyentuh, kaki yang membawa ke tempat yang haram dan akhirnya berlakulah penzinaan. “Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.""Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).Disebut di dalam kitab penawar bagi hati karangan syeikh abd qadir al-mandili ;Hati itu berzina dengan mengingati perkara-perkara yang haram. Kaki berzina dengan berjalan kepada tempat yang haram, mata berzina dengan melihat kepada perkara yang haram.Di kaedah Islam ada disebut kaedah saddul zaraie'. Iaitu menutup pintu fitnah walaupun asal hukumnya harus. Jika digunapakai kaedah ini dan melihat kepada situasi couple dan proses percintaan yang wujud di dalam masyarakat kita, maka kita katakan lebih baik kita jauhi. Pilihlah jalan perkahwinan kerana inila satu-satunya jalan yang Allah redhai..

Itulah dugaan dalam bercinta...



assalamualaikum





bercinta tak semestinya memiliki kan...? macam tu jugak kisah aku. Cinta aku yang pertama di usia aku awal 20 thn....masa tu indah sangat. Semacam dia lah yang akan menemankan aku sehingga penghujung nafas....tapi takdir penentu segalanya. Hubungan kami diganggu oleh orang ketiga ( yang ex-bf aku sendiri cari ) dan kehadiran kekasih lamanya. Alasan dia...aku dah berubah dan tak dapat langsung luang masa untuk dia. Tidak aku nafikan, aku berkenalan dengan ex aku ni...masa aku tgh tak buat ape lagi...bila aku mula sambung belajar kat UITM... dia kata aku berubah. Dia tak support langsung.....

Sampai waktu dan ketika ini, aku langsung tak mendapat any news from him. Hm..maybe aku dah tukar nombor...! Insan yang kedua, tak sampai setahun...kunun jadi pengganti. Sejak Januari thn nie sampai sekarang, dia hilang tanpa berita. Puas dah aku cari dia, but fail!! I dunno whats wrong....jadi....aku nekad akhiri hubungan ini dengan berfikir..."dia dah mati..."


Itulah kisah aku. Sedihkan..namun aku tahu ada yang lagi sedih dari ni. Jadi, buat remaja di luar sana, jika bercinta, bercintalah bersunggguh-sungguh. Jika ada jodoh, pasti tuhan ketemuakan jua..wallahualam.


p/s: Pic --> dialah bf aku yang menghilang sampai aku cakap dia dah mati...nama dia
Mohd Faisal Mohd Nazri..