assalamualaikum...
dah masuk bulan Julai...dah bulan ketujuh dalam tahun 2009...tak lama lagi aku akan melangkah ke semester baru. Selama tujuh bulan ni jugaklah...aku gagal jejaki dan mencari ke mana Mohd Faisal menghilangkan diri. Puas segala usaha aku buat (tapi, tak termasuk dengan usaha polis and bomoh...tapi aku akan buat jugak), telefon, mesej, YM, email, myspace semua aku dah usaha...tapi macam biasa...semua usaha aku sia-sia je....
Semalam...aku tengok gambar dia..aku menangis lagi. Kali ni...macam teruk. Aku dah jadi sekuat dan setabah yang aku boleh...tapi tak selamanya aku boleh. Tambahan pulak bila aku single sekarang! Sebab dah tujuh bulan nie...segala alasan yang aku buat semua "Mungkin"...."if"... bila aku nak dapat kepastian?? Aku nak kepastian dari mulut dia sendiri...bukan dari orang lain atau dari hati aku sendiri. Aku sendiri cakap..."dia dah ada orang lain.." " dia dah kawin.." tapi sejauh mana betul smua nie?
Dia pernah bagitahu aku, dia bekerja di VADS TTDI. Aku nie mengalami masalah kenderaan..
kalau tidak dah lama aku kesana...cari dia. Tanya dia...kenapa dia buat macam nie..untuk apa?
Sekali pergi....orang kata dia tak stay kat KL dah..dah balik Kuantan....camner? Nak ke Kuantan pulak....?
Orang senang bercakap...lupakanlah....yes! Ex BF aku sebelum dia mudah aku lupakan....sebab perpisahan kami dan "tak ada jodoh" nya kami disebabkan alasan yang sememangnya aku tahu dan jelas...angkara orang ketiga..dan orang ketiga tu datangnya sebab EX BF aku gatal nak mampus! Tak pernah puas dengan girl yang dah sedia ada dengan dia. Aku tak menyesal pun break off dengan dia.. But..yang menghilang tanpa sebab nie...jawapan dia aku tak pasti....
' Ya Allah Ya Tuhanku....sekiranya kau telah tentukan yang Mohd Faisal Mohd Nazri adalah milikku...kembalikan dia padaku walau bila masa sekalipun..namun jika dia ditakdirkan bukan untukku....jauhkanlah dia sejauhnya dari aku...hilangkan segala kenangan kami. Temukan kami dengan jodoh yang terbaik yang telah engkau tetapkan. Ya Allah engkau maha mengetahui semua ini...sesungguhnya engkau maha pengasih dan penyayang..."
Tuesday, 30 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment