Thursday 22 October 2009

dia sudah emmm.....agak tembam!

Assalamualaikum...

Agak lama tak tulis kat blog...semenjak broadband kena bar nie....macam susah aje nak hidup. Apatah lagi aku memang kaki yang tak boleh tak online. Ada aje nak diupdate......facebooknye, myspacenye, friendsternya.......blog lagi....banyak lah.....

Nie nak cerita pasal si A_ _ _ _! Ha....sape yang rapat dgn aku tahulah sape tuan punya nama tue...sape tak tahu, buat buat tahu je lah sekarang. Dia agak tembam lah sekarang...........bukan gemuk. Tembam.....berisi nak dibanding dulu aku mula kenal dia...hahahha. Comel pulak.....! Dia memanglah comel. hehehehe jahat. Biarlah dia tembam sikit........agak2 biar serasi dengan aku....wah! teet! hehehe,.......entahlah...no komen!

Tuesday 18 August 2009

Aku rindu dia...mengapa ianya berakhir?

Assalamualaikum...

Sibuk kebelakangan ni....project dan assignment yang berlambak...biasalah kan. Kalau tak sibuk bukan student namanya...tambah pulak student masscomm kan....hehehehe. Lagi la semester ni ada academic writing...lagilah macam tak terbawak rasanya. Insyaallah everything going to be fine....

Dah seminggu dah..aku dengan ikhwan tak bercakap. Kali nie..perang betul punya. Takde main2..takde beralah2! Tak aku, tak dia. Dasyat kan? Dahlah..aku malaslah. Dia tak habis2 nak suspicious dengan aku sebab aku masih ada perasaan akt dia...ikhwan,ikhwan!

Tapi, damn serious..aku rindu dia. Aku marah2 jugak.....tapi serius aku rindu dia. Tapi....mesti dia tak feel apa2. Sebab kata org, kalau kita terasa lebih...orang sana takda rasa apa2. Neutral! Lagilah sekarang banyak keje..lagilah die takde masa nak fikirkan aku. Tambah lagi...khairul ikhwan yang aku kenal he sometimes can't coop with stress...ni yang aku perhatikan. Time kitorang berperang, memang time tue keje tgh banyak. Masing2 tgh tension...dia buat aku lagi tension...buat aku lagi panas. Ha aku kalau tgh sibuk....jangan buat hal!

Tapi...memanglah aku rindu dia...sangat! Nak tegur...ahhh....! Biarlah dulu.......kalau ada, adalah. Kalau takde nak buat camner?

"Susah bercakap dengan hati nie....bila dia ada aku buat tak tahu..bila dia takde pulak..aku rasa pelik......entahlah...kalau ada,adalah...takde aku nak buat apa...Allah Maha Penentu segala... aku serahkan sahaja pada Allah...semoga ikatan persahabatan kami kembali pulih seperti dulu...."

Monday 10 August 2009

1st presentation of ADVERTISING CAMPAIGN sucess


Assalamualaikum...


lama aku tak update blog nie. Sibuk sikit arr. Hehehe...anyway...today is our first presentation untuk Advertising Campaign (en.rozlaili class). Product yang dia bagi to promote the new Proton LAMDA...kereta nie takde dalam pasaran. Konon2 lah kami nie dari pelbagai agency beri idea kepada Proton Berhad how to promote this new car. Mula tu takut jugak, ibarat present depan clien, bak kata en.zailee...anggap dia macam client. So....dah present..so lega. En Zailee suka dengan print ad kumpulan aku (atiqah and me). Thank you and credits to the creative director yang memang creative, miss 'atiqah hassan. Print ad die memang lawa..kalu aku buat sorang tu...ntah ape jadi...thanx u ciqah...hope kite boleh design ad yang lawa-lawa lagi lepas nie.... so untuk tatapan semua....nie la print ad PROTON LAMDA hasil idea bersama atiqah and me... hasil sentuhan kreatif saudari nur 'atiqah hassan......=)

Wednesday 5 August 2009

Luahan Kasih Buat Kekasih

Islam merupakan agama yang syumul mencangkupi semua masyarakat dan bidang semenjak insan yang pertama Adam a.s sehinggalah Nabi utusan akhir zaman Muhammad S.A.W. Islam merupakan sebuah agama yang cukup lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai. Untuk apa Allah Taala menciptakan manusia mempunyai fitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah Taala untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya. Rasulullah S.A.W pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak berkahwin. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui dan mengiktiraf fitrah manusia yang ingin mendambakan cinta. Namun persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan cinta suci ini selari dengan kehendak Allah Taala dan Rasulullah S.A.W mengikut era semasa? Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul. Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tidak bersetuju dengan pilihan hati. Akhirnya mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh. Terlebih malang tidak mendapat kerestuan ibu bapa, maka jauhlah keberkatan hidup si anak. Oleh itu, selepas menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi akan diikat menjadi pasangan tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar atau sebaliknya. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan. Namun begitu bertunang bukan merupakan satu tiket yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesraan seperti pasangan suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga atau mahramnya. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan syara'. Jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan boleh diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin?
Secara kasarnya ada sesetengah ulama’ menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama’ lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama’ fiqh terdapat beberapa ulama’ yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri. Baiklah, penulis akan mengungkapkan beberapa hujah di sebalik bercinta sebelum berkahwin dibolehkan dan diharamkan, namun keputusan terakhir adalah berdasarkan pertimbangan akal yang sihat, di mana melihat isu ini mengikut kesesuaian diri masing-masing. Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara. Pandangan Kedua: Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival dan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan. Hukum Menyanyi Lagu-lagu Kasih Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad S.A.W membenarkan hamba menyanyikan lagu berbentuk kasih (jiwa) dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah S.A.W menyuruh Aesyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aesyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl” (Hadith riwayat Ibnu Majah) Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadith Nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadith lain, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur tentang cinta.
Islam Dan Cinta
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24) Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya: (1) tidak dibenarkan pergaulan bebas. (2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram. (3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian. (4) menjaga pandangan mata.(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri. Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan. Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya. Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. Insha-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu. Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Dia tak sihat...dia demam...kesiannyerr!

Assalamualaikum...

Lama tak update blog..sejak masuk sem baru nie...banyak keja nak kena settle..lagi2 dah final year nie kan...byk sgt kerjanya..assignment + academic writing..fuh kalau difikirkan boleh jammed otak nie. Tapi inilah lumrah sebagai pelajar...lama-lama benda nie jugak aku rindu bila dan kerja dan tinggalkan UiTM...

Minggu nie agak pack sikit dgn class...sejak balik dari cuti seminggu sebab kampus UiTM tutup gara-gara virus H1N1. Kitorg punya cuti semester diawalkan...jadi takdalah study break for this final semester..hehehehe. Takpelah, kadang-kadang time study break bukannya study budak-budak nie....2 thn kat UiTM faham sgt perangai dorang..melainkan yang betul kaki buku, kaki study dan kaki skema...

Bercakap pasal H1N1..rite now Akmal demam...aku tengok status kat Facebook die..dia tak sihat. Aku kesianlah kat dia..hari tu aku kutuk2 dia...menyampah lah, apelah.....tapi rite now dia tak tak sihat. Bukan serba salah..tapi macam tak syok kan dengar time2 virus merebak nie, dia leh lak demam...tak sihat..batuk2 ajer katanya. Aku nie mmg dah menyampah, tapi aku cepat kesian kat org....uuuuuu.......sian2.

Monday 6 July 2009

First day class..fun..tapi hampa jugak..

assalamualaikum

hari nie first day mula class...hehehe best sangat dapat jumpa kawan-kawan yang memang aku rindu. Selain dari tu, semester nie aku macam semangat sikit nak pergi kelas...nak dibanding dengan semester lepas. Memang salah satu sebabnya dah last semester...tapi sebab utamanya.. ada yang menarik aku untuk ke fakulti hari-hari...siapa? Ikhwan? No,No!!! Dia tak ada kena mengena dengan ini cerita...hahahahaha. Sudah semestinya yang jadi daya penarik aku tu...cik abang MPP tu lah, Akmal..

Dalam seronok jumpa kawan-kawan...aku hampa sikit hari ni. Disebabkan rayuan kolej aku masih dalam proses dan aku tak menyewa, jadi aku terpaksa lah berulang dari rumah. So, tadi, habis aje kelas Japan, aku singgah cafe fakt..saje nak makan alas perut sebab tengahari tak makan. Jadi, kebetulan Fad, Ella dengan Nurul..classmates aku pun ada kat situ, aku join dorang. Tapi, mata aku meliar mencari insan yang bernama Noor Akmal nie. Then, aku cuba usha bilik gerakan MPP...wah ada orang...tapi masih tak nampak bayang Akmal. 15 mins....cafe penuh dengan student...yang aku nampak cuma Mail je, MPP lagi sorang. Takkan nak tegur dia semata-mata nak tanya Akmal mana? malu la aku..and its too obvius!!! hehehehe!

Then, classmates aku yang 3orang tadi ni pun balik, aku tinggal sorang sementara tunggu ayah sampai. Masa tu, dalam hati aku asyik berharap.."akmal...kalau tak nampak dia dekat, nampak dia dari jauh pun takpelah....bagilah aku nampak dia...!" Sampai ayah datang, jangan kata kelibat, bayang dia pun tak ada. Haih...hampanya...! takpelah mungkin lain kali terserempak jgk. Heran dengan mamat nie, sibuk macam mana pun, takkan tak pergi kelas. Aku jarang nampak dia kat kelas ke...jarang la! Hmmm... dia sibuk..sure tak nak commitment....tak da jodoh sekarang...masa depan....hmmm... akmal....what up with u until u can make me CRAZY??
Wallahuallam!

Friday 3 July 2009

Kebenaran...kebetulan...atau satu permainan??

assalamualaikum...

ini satu kebenaran...kebetulan atau satu permainan yang tak mungkin itu kesudahannya..wah jiwang semacam je ayat.heheheh sebenarnya aku just log in facebook..bila log in facebook...mula lah nak try quizzes yang ada...jadi aku banyak try quizzes like....why u still single lah...your love name start with...? who will be crush on you? Who you will end up?? macam2 lah...tapi semua jawapan semua kena dengan crush aku yang sorang nie...

What will the first letter of the person that secretly falls in love with you?
- A. Walaupun my crush name tu is begin with N, tapi everyone panggil dgn nama "A" dia.

Sign of the person that crush on you?
- Gemini...ya allah...he was born on may...he is gemini...co-incident?

Who you will end up with?
- YOUR CRUSH

kalau ini satu kebenaran...Ya Allah..makbulkan hasrat dan permintaan ku. Jika dia yang boleh membimbingku dan membawaku ke jalan yang engkau redhai...

Tuesday 30 June 2009

aku menangis lagi.....

assalamualaikum...

dah masuk bulan Julai...dah bulan ketujuh dalam tahun 2009...tak lama lagi aku akan melangkah ke semester baru. Selama tujuh bulan ni jugaklah...aku gagal jejaki dan mencari ke mana Mohd Faisal menghilangkan diri. Puas segala usaha aku buat (tapi, tak termasuk dengan usaha polis and bomoh...tapi aku akan buat jugak), telefon, mesej, YM, email, myspace semua aku dah usaha...tapi macam biasa...semua usaha aku sia-sia je....

Semalam...aku tengok gambar dia..aku menangis lagi. Kali ni...macam teruk. Aku dah jadi sekuat dan setabah yang aku boleh...tapi tak selamanya aku boleh. Tambahan pulak bila aku single sekarang! Sebab dah tujuh bulan nie...segala alasan yang aku buat semua "Mungkin"...."if"... bila aku nak dapat kepastian?? Aku nak kepastian dari mulut dia sendiri...bukan dari orang lain atau dari hati aku sendiri. Aku sendiri cakap..."dia dah ada orang lain.." " dia dah kawin.." tapi sejauh mana betul smua nie?

Dia pernah bagitahu aku, dia bekerja di VADS TTDI. Aku nie mengalami masalah kenderaan..
kalau tidak dah lama aku kesana...cari dia. Tanya dia...kenapa dia buat macam nie..untuk apa?
Sekali pergi....orang kata dia tak stay kat KL dah..dah balik Kuantan....camner? Nak ke Kuantan pulak....?

Orang senang bercakap...lupakanlah....yes! Ex BF aku sebelum dia mudah aku lupakan....sebab perpisahan kami dan "tak ada jodoh" nya kami disebabkan alasan yang sememangnya aku tahu dan jelas...angkara orang ketiga..dan orang ketiga tu datangnya sebab EX BF aku gatal nak mampus! Tak pernah puas dengan girl yang dah sedia ada dengan dia. Aku tak menyesal pun break off dengan dia.. But..yang menghilang tanpa sebab nie...jawapan dia aku tak pasti....

' Ya Allah Ya Tuhanku....sekiranya kau telah tentukan yang Mohd Faisal Mohd Nazri adalah milikku...kembalikan dia padaku walau bila masa sekalipun..namun jika dia ditakdirkan bukan untukku....jauhkanlah dia sejauhnya dari aku...hilangkan segala kenangan kami. Temukan kami dengan jodoh yang terbaik yang telah engkau tetapkan. Ya Allah engkau maha mengetahui semua ini...sesungguhnya engkau maha pengasih dan penyayang..."

Monday 29 June 2009

Dia terlalu hebat untuk aku.....


assalamualaikum...


dia terlalu hebat untuk aku...siapa? aku admirer artis ke? or kerabat diraja...? hehehe hebat sangat tu..aku takdelah admirer orang-orang dari golongan ini. Tapi...aku sedang gila admirer a.k.a angau dengan somebody dari fakulti aku kat UiTM Shah Alam tu. Dia memanglah student jugak...tapi dia hebat. Dia seorang leader kat fakulti aku....i mean he's holding a post as Majlis Perwakilan Pelajar and dia jugak menyandang jawatan sebagai Pengerusi Sekreteriat Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM ( kalau aku tak silaplah) wah hebat tak dia....macam mana aku boleh minat tahap giler baboon dengan dia nie...


Alkisah bermula awal semester lepas. Aku nak dijadikan cerita tak sempat mengundi untuk pilihanraya MPP tahun nie gara-gara aku tak sihat. Aku pun takda kat kampus waktu tu, jadi aku tak mengundi. AKu pun tak tahu siapa menang....tengok-tengok dah ada wakil MPP dah. Oklah...aku pun bukan ambik port sangat. Dah tengok gambar dorang kat sekitar fakulti, dua orang jadi wakil MPP fakulti aku...sorang nama Syed Ismail atau kami panggil Mail, student Journalist ( kewartawanan ) tak silap aku, dan sorang lagi Noor Akmal atau kitorang panggil Akmal, student Publishing ( Penerbitan )....antara dua nie, siapa lah yang aku minat sangat ni...

ha...yang aku paling minat sangat..si student publishing tu...Akmal...hehehe!


Aku mula jumpa Akmal masa tu kelas Media Law and Regulation. Itulah first time aku jumpa dia. Aku mula pandang dia...aku bercakap dalam hati..."Ya Allah..kenapa muka dia iras Faisal?"

Faisal tu ex boyfriend aku yang blah camtu je. Memang iras....especially bila Akmal pakai spectacles...! Sejak tu, bila hari Rabu je, kelas Media Law aku antara orang yang tak sabar nak pergi kelas tu. Boleh dikatakan selain MC, aku tak pernah ponteng kelas tu. Kelas lain ada je aku ponteng. Tapi...Akmal jarang dtg kelas tu..maklumlah MPP...sibuk sana-sini.


Semester lepas pulak...aku aktif semacam...antara aktiviti yang aku join...Majlis Induksi Pelajar Sem 1 anjuran MASSA dengan Futsal Piala Dekan 2009 anjuran SMF fakulti. Itu semua gara-gara Akmal ada kat event tu. hehehehe jahatkan aku!


Aku akui...Akmal he full of charismatic. Maybe dia nak jaga diri dan penampilan diri dia sebagai MPP dan pada masa yang sama dia pernah sekolah agama dulu. Macam aku pernah cakap...aku dah penat berkawan ( i mean special boyfreind ) dengan orang yang tak da kriteria membimbing dan elok dalam bab agama. Jujur dari hati....ex bf aku semua tak boleh pakai...especially yang first dulu...! Aku suka lelaki macam Akmal. Yes...aku tak kenal dia sepenuhnya...tapi, aku tak yakin dia plastik or hipokrit.


Bila aku dapat tahu dia dah ada GF, aku jadi macam..bukan frust..tapi..emm takpelah. Takda jodoh agaknya. Lelaki yang baik untuk gadis yang baik...untung sangat siapa yang dapat Akmal.

Kalau dia takda GF sekalipun...aku susah nak dekat dengan dia. Yelah, aku ni cuma student biasa, dia berpangkat tinggi..lagipun aku tahu ramai yang minat dekat dia. Adalah orang "tertentu" yang aku tahu minat jugak dekat dia. That why aku rela step back je. Lagipun, kalaulah betul aku dapat rapat dengan dia..mesti ada cakap-cakap belakang. Kawan-kawan kelas aku ( advertising ) mungkin tidak...sebab dorang tau sape aku...i means student lain..dan yang "minat" jugak dengan akmal...


Aku cuma tak henti-henti doa aje..sebab aku tahu...dengan doa yang ikhlas dan jujur, penuh tawadduk ALLAH akan makbulkan doa aku....insyaallah....!! Wallahualam..


Wednesday 17 June 2009

Nak capai berat 65KG...tapi.....

Assalamualaikum...

Selamat pagi.....hari ini sarapan aku...segelas air teh 'o' dengan roti wholemeal bakar. Kadang-kadang dah tak tahu nak makan apa dah untuk sarapan. Nasi lemak dah lama aku tak makan...
roti canai? kadang-kadang je. Diet...memang aku tengah berdiet...tapi itulah. Aku dulu on year 2007 and early 2008 ( becoz aku mula diet dalam Feb 2008 ), aku agak terkejut dengan berat aku yang dah cecah 86kg...fuyoo...tak sangka berat aku sebanyak itu. Jadi, berkat sokongan kawan-kawan, aku pun mula berdiet. Aku tak makan nasi, aku kurangkan benda manis, memang agak sengsara. Sangat sengsara....sebab aku kena avoid banyak makanan favourite aku. Tapi takpe....atas usaha aku...perlahan-lahan berat aku turun...mula turun 84kg...then 80kg..then ke 77kg...last sekarang about 71 ke 72 kg.....alhamdullilah.

Ada yang tegur jgk...especially keluarga. Tapi, aku masih tak puas hati. Aku nak cecah 65kg sebab itulah berat ideal aku. Aku boleh pergi beyond that, tapi nanti aku jadi kayu lak..tak cantik. hehehehe....melayang je nanti..

Aku bukan tak bersyukur atas apa yang aku dpt....bersyukur sangat. Baju saiz M boleh muat. Nak dibanding dulu, L pun susah nak pakai. XL je. Seluar...ha...seluar masih bermasalah. Walaupun ada perubahan...coz aku dulu pernah pakai jeans saiz 38/40 pun...itupun cutting lelaki. fuh...pernah gak arr nangis tak ada saiz baju. Hehehehe. Tapi sekarang, 34 is my saiz. Tapi besar jgk...

Ada orang kata.."bumper" besar sikit means sexy...tapi bagi aku is geli!! Aku taknak lah lihat berpunggung besar dari sudut sexual..hehehehe gross man!!!

Aku tak nafikan...aku berdiet ada jugak sebab aku frust. I'm lost my first love masa aku semester dua hari tu. Kawan-kawan aku ( kebetulan aku seblik dengan classmates aku masa sem 2 ) ada yang jadi saksi...aku hempas handphone, aku nangis, aku....ish macam-macam lah.
Tapi itu semua dugaan...

Aku teringin nak jumpe ex aku yang sorang tu lepas i manage to lose another 6kg...huh. Its too far man...tapi dulu aku boleh buat kenapa sekarang tidak?? Hemm...aku cubalah....dapat cecah 68kg pun jadilah. 4kg lagi......insyaallah....doakan kejayaan aku...

Tuesday 16 June 2009

macam bodoh dan sial.............

aku cukup bengang dengan ex aku...F_ _ ZI... ee...memang cukup aku bengang...

kisahnya bermula semalam..petang semalam. Adik aku online, but all of sudden this guy YM me. Aku pun terkejut jugak sebab dah lama dia tak online. Aku nie...walaupun dia ex aku, aku tak pernah benci or nak musuh dengan dia, walaupun aku memang sakit hati and marah dgn dia lepas apa yang dah berlaku dalam relationship kami.

So...masa YM dia tanya sihat ke, family sihat ke....aku berfikir dalam hati...oh...just nak tanya biase2 je...ok lah. takdehal bagi aku!! Lepas tue, dia merepek yang dia nak aku balik...dia nak lamar aku lar, dia taknak orang lain selain aku la...macam sial jer kan...!! Aku cakap...aku taknak ada komitmen sekarang...aku selesa sekarang. Aku ada ramai kawan....siapa jadi jodoh aku, aku terima lah...tapi yang penting aku harap ALLLAH jauhkan lah mamat nie jadi suami aku. AKu betul tawar hati dengan dia.

After about 20min YM, dia log off. Aku pun out sebab kebetulan aku nak gi Subang fetch my mum balik kerja...dalam kereta aku asyik fikir je apa yang berlaku dlm YM tadi..takpelah.
Lepas makan malam n solat mahgrib, aku try col dia. Tanya sal YM tadi....dia boleh jawab ape...
"bila pulak orang chat dengan awak...? Eeh..jangan nak mengada lah, orang kat opis tak bleh YM lah...lagipun orang tak aktif dah email yang utk YM tue..."

Aku punyalah bengang...habis siapa lak yang boleh on YM ko sesuka hati. Ko bagi password kat orang ke..memang bodoh..!!! Lepas tu tak cukup lagi....malam tue pulak lepas aku gayut dengan my lovely Syafiq....aku tido, aku terjaga about 3am...dia misscall...!! Dia call lagi lepas tu, dengan kurang ajar dia cakap..."weh...kat ne...?" "umah siapa?" "eh...ambik orang kat Pudu..."!! Mangkuk tu ingat aku ni macam perempuan jalanan ke....perempuan murah yang boleh suka2 nak kuar...dari aku layan dia..baik aku tido then aku off hp....camtulah lelaki gila talak camtu. Sesuka je nak ambik perempuan jadi GF pastu buang bila dah bosan...bila nak berubah pun tak tahulah.

Ya Allah...tabahkanlah hati ku nie....tolonglah jauhkan dia sejauhnya dari aku...aku tak sanggup lagi nak layan laki gila talak macam mangkuk ayun tue....

wallahualam

Monday 15 June 2009

Lelaki idaman saya....

LELAKI IDAMAN SAYA....

Lelaki idaman saya adalah…
seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…Y
ang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

www.tentangcinta .com for more...

Cinta Tak Semesti Memiliki...

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanyaTakkan pernah bertepuk sebelah tangan..

www.tentangcinta.com for more reading...

Couple.....definisi ZINA HATI....

from nurahaifa.blogspot.com....

definisi ZINA HATI
writen by: Nurul Haqq from nurahaifa.blogspot.com....

Pertamanya kita harus dapat membedakan makna cinta dan couple. Sememangnya cinta itu fitrah insani yang tidak boleh kita hapuskan. Namun yang menjadi permasalahan ialah bagaimana menyalurkan perasaan cinta itu mengikut lunas-lunas syara'.Allah Ta'ala hanya menyediakan satu jalan sahaja iaitu dengan perkahwinan. Adapun couple bahkan bertunang sekalipun tidak dapat menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah kepada kaum Adam dan Hawa.Apakah couple diharamkan secara mutlak?Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkan couple secara mutlak. Harus difahami makna mutlak iaitu tanpa sebab. Seperti solat sunat mutlak. Ialah solat sunat yang tidak berkait dengan apa-apa sebab. Boleh dilakukan bila-bila dan di mana-mana secara mutlak. Adapun solat sunat tahiyyatul masjid, ia berkaitan dengan masuk masjid. Saya harap makna mutlak telah jelas.Istilah couple sangat luas. Namun jika kita melihat kepada keadaan remaja remaji yang couple sekarang, maka hukumnya adalah haram. Haram bukan kerana “zat” couple tetapi kerana cara mereka couple. So kalau kita nak berhujjah tidak ada dalil yang mengharamkan couple. Bagaimana pulak dengan cara couple? Seperti berdua-duan, berpegangan tangan, sehingga ada yang membuka ruang kepada zina. Maka inilah sebab yang menjadikan couple itu haram.Zat couple apa maknanya?Zat couple ialah couple itu sendiri? Apakah zat couple itu haram? Tidak. Kerana tidak ada satu nas yang melarangnya secara qot'ie. Ini yang timbul pelbagai pandangan. Ada yang kata cinta itu boleh, ada yang kata tidak boleh kerana menghampiri zina. Sebab itu timbulnya istilah cinta islamik. Namun persoalannya berapa ramai yang mampu bercinta cara islamik? Cinta islamik ialah cinta yang mengharapkan cinta Allah dan keredhaan Allah. Apakah dengan berdua-duan? Bermesej yang tidak bermanfaat, dating, bergayut di telefon itu merupakan perkara yang diredhai oleh Allah?Apa yang dimaksudkan dengan zina hati?Perkataan zina yang kita sedia maklum ialah hubungan di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah dengan memasukkan kemaluan ke dalam kemaluan perempuan. Jika tidak masuk sekadar hasyafah (takat) tidak dikira sebagai zina. Ini pengertian mengikut ilmu fiqh..Apabila kita berbicara soal hati, sepatutnya kita kembali kepada ilmu tasawwuf. Ilmu fiqh dan akidah tidak membincangkan tentang perbuatan hati kerana ilmu fiqh membincangkan soal ibadah zahir dan ilmu tauhid membincangkan soal i'tiqad (pegangan akidah) dan iman.. Sebagai contoh tidak ada satu mazhab pun yang mewajibkan khusyuk sebagai syarat sah solat. kerana kusyuk melibatkan soal hati. tetapi ia dibincangkan di dalam ilmu tasawwuf.Jika kita kembali kepada ilmu fiqh Islam maka kita tidak akan dapati satu hukum pun yang menghukumkan perbuatan hati bahkan jika seseorang berniat untuk melakukan maksiat, selagimana dia tidak melakukannya maka tidak dikira berdosa. Adapun jika seseorang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak kesampaian dgn sebab-sebab yang mendatang maka niatnya diberi pahala oleh Allah SWT. Inilah pemurahnya Allah Ta'ala kepada hambanya.Adapun ilmu tasawwuf itu, ilmu yg membincangkan tentang perbuatan hati daripada sifat mahmudah dan sifat mazmumah seperti sabar, redha, mahabbah kpd Allah atau riyak, takabbur, sum'ah dan sebagainya..Zina hati boleh diertikan sebagai perbuatan hati yang mazmumah. Kerana hatinya mengingati wanita yang belum dikahwini dengan ingatan-ingatan yang boleh manaikkan syahwat dia. Adapun jika ingatan itu sekadar ingatan yang diharuskan oleh syara' seperti kita mengingati saudara kita sesama muslim, ingat dengan ertikata tidak menaikkan syahwat maka ia tidaklah dilarang oleh agama.Berkata Syeikhuna Dr Ali Jumaah (mufti mesir sekarang)di dalam kitab at-toriq ilallah “perbuatan hati bukan maksiat tetapi syibhul maksiat”.Islam itu agama wiqayah (menjaga). Seperti kaedah menyebut “Menjaga lebih baik daripada mengubati”. Kita sedari daripada syahwat yang bergelora di hati mendorong seseorang untuk berani melakukan zina kemaluan. Oleh sebab itu, Allah Ta'ala melarang hambanya awal-awal dengan firmannya “Jangan kamu mendekati zina”. Ini uslub (gaya bahasa) yang digunakan oleh Allah Ta'ala supaya kita memahami mendekati zina itu boleh menyebabkan berlakunya zina. Mendekati zina boleh berlaku dengan bermulanya zina hati tadi iaitu mengingati perempuan sehingga menaikkan syahwat kemudian di atur pertemuan dengan SMS berbaur lucah, dating, saling berpandangan, bersentuhan, bercumbuan dan akhirnya berzina.Cuba fahami hadis ini yang akhi bawakan! Di dalam hadis ini Nabi ingin nyatakan punca kepada zina alat kelamin ialah bermula daripada mata yang memandang, tangan yang menyentuh, kaki yang membawa ke tempat yang haram dan akhirnya berlakulah penzinaan. “Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.""Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).Disebut di dalam kitab penawar bagi hati karangan syeikh abd qadir al-mandili ;Hati itu berzina dengan mengingati perkara-perkara yang haram. Kaki berzina dengan berjalan kepada tempat yang haram, mata berzina dengan melihat kepada perkara yang haram.Di kaedah Islam ada disebut kaedah saddul zaraie'. Iaitu menutup pintu fitnah walaupun asal hukumnya harus. Jika digunapakai kaedah ini dan melihat kepada situasi couple dan proses percintaan yang wujud di dalam masyarakat kita, maka kita katakan lebih baik kita jauhi. Pilihlah jalan perkahwinan kerana inila satu-satunya jalan yang Allah redhai..

Itulah dugaan dalam bercinta...



assalamualaikum





bercinta tak semestinya memiliki kan...? macam tu jugak kisah aku. Cinta aku yang pertama di usia aku awal 20 thn....masa tu indah sangat. Semacam dia lah yang akan menemankan aku sehingga penghujung nafas....tapi takdir penentu segalanya. Hubungan kami diganggu oleh orang ketiga ( yang ex-bf aku sendiri cari ) dan kehadiran kekasih lamanya. Alasan dia...aku dah berubah dan tak dapat langsung luang masa untuk dia. Tidak aku nafikan, aku berkenalan dengan ex aku ni...masa aku tgh tak buat ape lagi...bila aku mula sambung belajar kat UITM... dia kata aku berubah. Dia tak support langsung.....

Sampai waktu dan ketika ini, aku langsung tak mendapat any news from him. Hm..maybe aku dah tukar nombor...! Insan yang kedua, tak sampai setahun...kunun jadi pengganti. Sejak Januari thn nie sampai sekarang, dia hilang tanpa berita. Puas dah aku cari dia, but fail!! I dunno whats wrong....jadi....aku nekad akhiri hubungan ini dengan berfikir..."dia dah mati..."


Itulah kisah aku. Sedihkan..namun aku tahu ada yang lagi sedih dari ni. Jadi, buat remaja di luar sana, jika bercinta, bercintalah bersunggguh-sungguh. Jika ada jodoh, pasti tuhan ketemuakan jua..wallahualam.


p/s: Pic --> dialah bf aku yang menghilang sampai aku cakap dia dah mati...nama dia
Mohd Faisal Mohd Nazri..