Monday, 15 June 2009

Couple.....definisi ZINA HATI....

from nurahaifa.blogspot.com....

definisi ZINA HATI
writen by: Nurul Haqq from nurahaifa.blogspot.com....

Pertamanya kita harus dapat membedakan makna cinta dan couple. Sememangnya cinta itu fitrah insani yang tidak boleh kita hapuskan. Namun yang menjadi permasalahan ialah bagaimana menyalurkan perasaan cinta itu mengikut lunas-lunas syara'.Allah Ta'ala hanya menyediakan satu jalan sahaja iaitu dengan perkahwinan. Adapun couple bahkan bertunang sekalipun tidak dapat menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah kepada kaum Adam dan Hawa.Apakah couple diharamkan secara mutlak?Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkan couple secara mutlak. Harus difahami makna mutlak iaitu tanpa sebab. Seperti solat sunat mutlak. Ialah solat sunat yang tidak berkait dengan apa-apa sebab. Boleh dilakukan bila-bila dan di mana-mana secara mutlak. Adapun solat sunat tahiyyatul masjid, ia berkaitan dengan masuk masjid. Saya harap makna mutlak telah jelas.Istilah couple sangat luas. Namun jika kita melihat kepada keadaan remaja remaji yang couple sekarang, maka hukumnya adalah haram. Haram bukan kerana “zat” couple tetapi kerana cara mereka couple. So kalau kita nak berhujjah tidak ada dalil yang mengharamkan couple. Bagaimana pulak dengan cara couple? Seperti berdua-duan, berpegangan tangan, sehingga ada yang membuka ruang kepada zina. Maka inilah sebab yang menjadikan couple itu haram.Zat couple apa maknanya?Zat couple ialah couple itu sendiri? Apakah zat couple itu haram? Tidak. Kerana tidak ada satu nas yang melarangnya secara qot'ie. Ini yang timbul pelbagai pandangan. Ada yang kata cinta itu boleh, ada yang kata tidak boleh kerana menghampiri zina. Sebab itu timbulnya istilah cinta islamik. Namun persoalannya berapa ramai yang mampu bercinta cara islamik? Cinta islamik ialah cinta yang mengharapkan cinta Allah dan keredhaan Allah. Apakah dengan berdua-duan? Bermesej yang tidak bermanfaat, dating, bergayut di telefon itu merupakan perkara yang diredhai oleh Allah?Apa yang dimaksudkan dengan zina hati?Perkataan zina yang kita sedia maklum ialah hubungan di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah dengan memasukkan kemaluan ke dalam kemaluan perempuan. Jika tidak masuk sekadar hasyafah (takat) tidak dikira sebagai zina. Ini pengertian mengikut ilmu fiqh..Apabila kita berbicara soal hati, sepatutnya kita kembali kepada ilmu tasawwuf. Ilmu fiqh dan akidah tidak membincangkan tentang perbuatan hati kerana ilmu fiqh membincangkan soal ibadah zahir dan ilmu tauhid membincangkan soal i'tiqad (pegangan akidah) dan iman.. Sebagai contoh tidak ada satu mazhab pun yang mewajibkan khusyuk sebagai syarat sah solat. kerana kusyuk melibatkan soal hati. tetapi ia dibincangkan di dalam ilmu tasawwuf.Jika kita kembali kepada ilmu fiqh Islam maka kita tidak akan dapati satu hukum pun yang menghukumkan perbuatan hati bahkan jika seseorang berniat untuk melakukan maksiat, selagimana dia tidak melakukannya maka tidak dikira berdosa. Adapun jika seseorang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak kesampaian dgn sebab-sebab yang mendatang maka niatnya diberi pahala oleh Allah SWT. Inilah pemurahnya Allah Ta'ala kepada hambanya.Adapun ilmu tasawwuf itu, ilmu yg membincangkan tentang perbuatan hati daripada sifat mahmudah dan sifat mazmumah seperti sabar, redha, mahabbah kpd Allah atau riyak, takabbur, sum'ah dan sebagainya..Zina hati boleh diertikan sebagai perbuatan hati yang mazmumah. Kerana hatinya mengingati wanita yang belum dikahwini dengan ingatan-ingatan yang boleh manaikkan syahwat dia. Adapun jika ingatan itu sekadar ingatan yang diharuskan oleh syara' seperti kita mengingati saudara kita sesama muslim, ingat dengan ertikata tidak menaikkan syahwat maka ia tidaklah dilarang oleh agama.Berkata Syeikhuna Dr Ali Jumaah (mufti mesir sekarang)di dalam kitab at-toriq ilallah “perbuatan hati bukan maksiat tetapi syibhul maksiat”.Islam itu agama wiqayah (menjaga). Seperti kaedah menyebut “Menjaga lebih baik daripada mengubati”. Kita sedari daripada syahwat yang bergelora di hati mendorong seseorang untuk berani melakukan zina kemaluan. Oleh sebab itu, Allah Ta'ala melarang hambanya awal-awal dengan firmannya “Jangan kamu mendekati zina”. Ini uslub (gaya bahasa) yang digunakan oleh Allah Ta'ala supaya kita memahami mendekati zina itu boleh menyebabkan berlakunya zina. Mendekati zina boleh berlaku dengan bermulanya zina hati tadi iaitu mengingati perempuan sehingga menaikkan syahwat kemudian di atur pertemuan dengan SMS berbaur lucah, dating, saling berpandangan, bersentuhan, bercumbuan dan akhirnya berzina.Cuba fahami hadis ini yang akhi bawakan! Di dalam hadis ini Nabi ingin nyatakan punca kepada zina alat kelamin ialah bermula daripada mata yang memandang, tangan yang menyentuh, kaki yang membawa ke tempat yang haram dan akhirnya berlakulah penzinaan. “Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.""Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).Disebut di dalam kitab penawar bagi hati karangan syeikh abd qadir al-mandili ;Hati itu berzina dengan mengingati perkara-perkara yang haram. Kaki berzina dengan berjalan kepada tempat yang haram, mata berzina dengan melihat kepada perkara yang haram.Di kaedah Islam ada disebut kaedah saddul zaraie'. Iaitu menutup pintu fitnah walaupun asal hukumnya harus. Jika digunapakai kaedah ini dan melihat kepada situasi couple dan proses percintaan yang wujud di dalam masyarakat kita, maka kita katakan lebih baik kita jauhi. Pilihlah jalan perkahwinan kerana inila satu-satunya jalan yang Allah redhai..

No comments:

Post a Comment